Isnin, 5 November 2012






Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.


Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.



Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.



Selanjutnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli suka mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.



Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan.



Akhir sekali, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.



Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap samba lewa, bak kata pepatah, “sekadar melepaskan batuk di tangga”. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti. ‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’

Selasa, 30 Oktober 2012

 

nota masyarakat jahiliyah

 
1. Kepercayaan / Agama :
a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. ( Berikan contoh )
2. Hubungan Masyarakat / Sosial :
a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
3. Peperangan :
a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
 
 
4. Kelas Masyarakat :
a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
5. Kedudukan Wanita :
a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
6. Akhlak :
a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
7. Politik :
a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.
8. Nilai-nilai Positif :
a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim.

9. Amalan Ekonomi.
a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah ekonomi yang penting dan menguntungkan.
 
 

Ahad, 30 September 2012

       potret yang saya hasilkan mendapat tempat ketiga semasa pertandingan lukis potret peringkat negeri sarawak.tun tan cheng lock merupakan tokoh kemerdekaan,

Rabu, 26 September 2012

        zaman kerajaan bani ummaiyah  dan abbasiyah merupakan zaman yang berlangsung selepas zaman yang berlansung selepas zaman khulafa al- Rasyidin dan berlaku perkembangan pesat dalam pendidikan. Antara faktor yang membawa kepada perkembangan pesat ini termasuklah sokongan pemerintah dasar islam yang mementingkan ilmu dan sebagainya.

       pada zaman bani ummaiyah institusi masjid di jadikan pusat pendidikan utama seperti masjid Kufah dan Basrah.istana khalifah dijadikan tempat belajar dan perpustakaan yang menyimpan segala bahan bacaan, Yunani diterjemah ke dalam ke dalam kesusteraan  Arab. terdapat juga institusi "khuttab" iaitu sekolah permulaan. terdapat 2 jenis khuttab iaitu untuk orang awam yang dikenakan yuran. pengajian al-quran dan asas ilmu agamaditekankan di khuttab. kaedah pengajiannya berbentuk "halaqah" iaitu seorang guru akan duduk di tengah dan di kelilingi murid-murid.
        dari segi tenaga pengajar , guru di masjid miliki ilmu pengetahuan  yang kukuh dan mereka mengajar dengan iklas tanpa mengharapkan gaji. guru-guru di istana digelar sebagai "muaddid" dan kurang berpengetahuan  berbanding guru di masjid. mereka bukan setakat mengajar ilmu malah  turut mendidik anak-anak  khalifah. sebagaicontoh tokoh ulama terkenal yang menjadi guru di masjid abdullah abbas iaitu ahli tafsir hadis dan sastera , hassan al basri ulama fikah dan usuluddin. antara muridnya yang terkenal  iaitu wasil bin ata, pengasas mazhab muktazilah.

Ahad, 12 Ogos 2012



Soalan 11
Bandingkan peranan Jose Rizal di Filipina (1872-1896) dan Sukarno di Indonesia (1927-1945) dalam gerakan nasionalisme di negara masing-masing.
Pendahuluan( 3/2 Markah )
Jose Rizal dan Sukarno adalah dua tokoh yang boleh dianggap wira dalam perjuangan nasionalisme di Negara masing-masing.Jose Rizal dilahirkan di Calamba, Luzon pada tahun 1861 dari keturunan Sepanyol-Cina. Sangat berminat dalam bidang bahasa dan kesusasteraan dan telah berusaha menuntut kemerdekaan bagi Filipina melalui idea penulisan. Sukarno pula dilahirkan pada 6 Januari 1901 di Belitar, Jawa Timur. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Belanda, Surabaya. Melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan antara tahun 1921-1925. Seorang tokoh yang mempunyai kebolehan berpidato. Sangat dikagumi kerana merupakan bapa kemerdekaan Indonesia.Meninggal dunia pada bulan Jun 1970. Kedua-dua tokoh ini mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu masing-masing berusaha untuk menuntut kemerdekaan bagi negara masing-masing, cuma taktik perjuangan mereka jelas nampak perbezaannya.
Isi( 20 Markah )
Peranan Jose Rizal( 10 Markah )
1.Perjuangan melalui penulisan
-Jose Rizal yang meminati bidang penulisan telah menggunakan kesempatan ini dengan mengungkapkan idea nasionalisnya melalui novel Noli Me Tangere yang dihasilkan di Berlin pada tahun 1887.
-Karya itu bermaksud ‘ Jangan Sentuh Daku atau Barah Masyarakat’ telah mendedahkan kepincangan hidup masyarakatFilipina yang dibelenggu ketidakadilan pemerintah Sepanyol.
-Novel El Filibusterismo atau ‘ Pemerintah Yang Tamak’ untuk mengkritik undang-undang dan golongan agama Filipina.
-Beliau bersama Marcelo Del Pilar dan Graciano Lopez telah menerbitkan akhbar La Solidaridad di Barcelona pada 1889 untuk mendedakan keburukan pemerintah Sepanyol, keadaan petani yang ditindas dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filipina.
2.Gerakan berpersatuan
-Menubuhkan Liga Filipina di Hong Kong pada tahun 1891 yang menekankan pembangunan masyarakat.
-Menubuhkan cawangan Liga Filipina di Manila dengan tujuan :
a.Mendapatkan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik bagi negara dengan aman.
b.Melindungi penduduk Filipina daripada kekejaman dan ketidakadilan Sepanyol.
c.Mengkritik golongan gerejayang menjadi penghalang kemerdekaan Filipina.
-Akibatnya, beliau dibuang negeri ke Dapitan di Pulau Mindanao pada 7 Julai 1892.
-Idea kesedaran ini telah memberi idea kepada Andres Bonifacio untuk menubuhkanKatipunan (Kesatuan Putera-putera Republik ) pada tahun 1892 yang menyebarkan idea revolusi sebagai salah satu cara dalam menggulingkan kerajaan Sepanyol.
-Idea ini tidak disokong oleh Jose Rizal dan beliau menasihati pemimpinnya agar tidak mengadakan revolusi.
-Beliau disyaki terlibat dan menyokong golongan pemberontak dan dihukum tembak pada 30 Disember 1896.
Peranan Sukarno( 10 Markah )
1.Sebelum perang dunia kedua
-Mulai aktif dalam politik ketika menjadi ahli Kelab Perbincangan Bandung yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Indonesia yang belajar di Holland untuk menentang Belanda.
-Beliau juga berminat dalam organisasi pelajar dan Perhimpunan Indonesia yang ditubuhkan di Belanda pada tahun 1922,
2.Parti Nasional Indonesia (PNI)
-Telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) dengan bantuan Dr. R.M. Sartono dan Dr.Tjipto Mangun Kusomo pada4 Julai 1927, selepas menarik diri dari menjadi anggota Sarekat Islam.
-Matlamat penubuhannya PNI :
a.Menyatukan semua parti nasionalis agar menuntut kemerdekaan penuh.
b.Menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.
c.Menentang fahaman imperialis dan kapitalis.
-PNI mengalami perkembangan pesat di bawah kepimpinan beliau. Berjaya mengumpul sejumlah 10 000 orang ahli dan pengaruhnya meluas dari Pulau Jawa ke wilayah-wilayah Sumatera Timur. Pada 1928, Sukarno telah berusaha menyatukan semua pertubuhan politik di Indonesia untuk mewujudkan perpaduan nasional.
-Hasilnya Permuafakatan Parti-parti Politik Indonesia (PPPKI) ditubuhkan dengan disertai oleh Sarekat Islam, Budi Utomo, Pasondon Ikatan Sumatera dan Kelab Pelajar Surabaya.Tindakan beliau ini telah mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan kedudukan Belanda. Sehubungan dengan itu, beliau ditangkap dan dipenjarakan pada Disember 1929, menyebabkan PNI berpecah
-Pada 1931, beliau dibebaskan semula dan berusaha menyatukan ahli-ahli PNI tetapi gagal. Pada 1933, menyertai Parti Indonesia (PARTINDO) kerana mempunyai ciri-ciri perjuangan yang sama dengan PNI.
-Sukarnotelah berjaya mengembangkan idea-idea nasionalisnya melalui pidato ke seluruh Pulau Jawa. Sekali lagi Sukarno telah ditangkap dan dibuang ke Flores di Indonesia Timur sehingga dibebaskan oleh Jepun pada 1942.
3.Semasa pemerintahan Jepun di Indonesia
-Jepun telah memberi layanan baik kepada rakyat Indonesia dan bertindak membebaskan nasionalis Indonesia yang ditangkap oleh Belanda. Antaranya ialah Sukarno, Mohamad Hatta dan Sutan Sjahrir. Jepun menggalakkan belia-belia menyertai PETA (Pembela Tanah Air).Tujuannya ialah untuk melatih belia Indonesia menentang Belanda bagi pihak Jepun.
-Pada bulan Mac 1943, PUTERA ( Pusat Tenaga Rakyat ) ditubuhkan atas sokongan Jepun. Sukarno telah dijadikan sebagai pengerusi PUTERA yang terdiri daripada semua kumpulan nasionalis di Pulau Jawa. PUTERA menjadi lebih bersifat nasionalis daripada bersifat pro-Jepun. Akhirnya 1943, Jepun telah membubarkan PUTERA.
-Pada pertengahan tahun 1944, kerajaan Tojo di Jepun telah runtuh. Perdana Menteri Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Pada 8 Ogos 1945, Ketua Pemerintah Tentera Jepun iaitu Marshal Terauchi telah menemui Sukarno, Hatta dan Dr. Radjiman Wedio-diningrat di Saigon, Indocina.
-Jepun telah bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada 24 Ogos 1945.Akan tetapi, Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Justeru itu, Sukarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
4.Selepas kekalahan Jepun
-Apabila perang Pasifik tamat, Belanda telah kembali ke Indonesia dan mengadakan rundingan dengan nasionalis Indonesia. Pada Oktober 1946, Perjanjian-Linggajati telah ditandatangani. Hasilnya, satu persetujuan telah dicapai pada 15 November 1946 di mana Belanda telah bersetuju untuk mengiktiraf Republik Indonesia (Jawa, Sumatera dan Madura)
-Perjanjian Linggajati tidak berjaya kerana rakyat tidak berpuas hati dan kekacauan telah berlaku. Belanda telah mengambil ‘tindakan Polis’ untuk memulihkan keamanan. Tindakan Belanda ini telah menerima kecaman hebat daripada banyak negara di dunia.
-Keadaan ini memaksa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu campur tangan. satu persidangan Meja Bulat telah diadakan di Hague pada 23 Ogos 1949.Belanda telah bersetuju mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 27 November 1949. Negara itu mengandungi sebuah republik persekutuan enam belas buah negeri.Sukarno telah dilantik sebagai Presiden RepublikIndonesia yang pertama.
Kesimpulan( 2/3 Markah )
Kesimpulannya, Jose Rizal dan Sukarno adalah dua tokoh penting dalam perjuangan nasionalisme Negara masing-masing untuk mencapai kemerdekaan. Namun begitu, nasib lebih menyebelahi Sukarno kerana perjuangannya telah berjaya membawa hasil kemerdekaan Indonesia dan beliau sendiri telah dilantik menjadi Presiden Indonesia yang pertama.Manakala Jose Rizal tidak sempat menyaksikan kemerdekaan Filipina kerana telah dihukum tembak oleh kerajaan Sepanyol.

Khamis, 28 Jun 2012





bujang seblak menganas lagi!!!!

bujang sblak roban mudik ke bajau ngajat hahahahaha..........



ngajat piring di persembahkan saya sendiri khas buat peserta aman kampus 2012 di saratok....
keling kumang berpakaian tradisional kaum iban di Bajau saratok sempena sambutan hari gawai bersama dengan pserta aman kampus...........

Jumaat, 8 Jun 2012



ucapan ketua pelajar sempena sambutan hari guru merupakan perkara yang wajib dilaksanakan.
hal ini demikian kerana untuk melatih individu menjadi pemimpin yang mampu berucap di khalayak orang ramai. pekara tersebut penting di bawa kepada peringkat atau tahap yang lebih tinggi seperti berada di situasi ipta/ipts dan alam pekerjaan. situasi berkenaan sangat menekankan aspek2 kepimpinan
melalui berkomunikasi secara formal. alam pekerjaan kini memerlukan seseorang individu yang mampu memimpin pekerja-pekerja lain yang berada di bawahnya. oleh itu , pelajar perlu dilatih menjadi pemimpin pada peringkat awal usia yang masih muda agar menjadi matang dan mampu membantu pihak sekolah dlam sistem pengurusan..

Selasa, 5 Jun 2012

SAMBUTAN GAWAI SELARAS DENGAN PROGRAM AMANCAMPUS


kenangan terindah bersama


SARATOK:pada 31 mei 2012, sambutan hari gawai di rumah panjang Bajau saratok diserikan lagi dengan kedatangan peserta Mhasiswa/mahsiswi terlibat dalam program amankampus seramai 150 orang merupakan jumlah yang besar. penduduk rumah panjang bajau saratok menyambut para peserta penuh dengan kemesraan yang terukir pada senyuman. acara dimulakan  dengan upacara miring bagi mengalu-alukan pengabang yang penuh di berkati. turut  di jemput bagi merasmikan program tersebut ahli perlimen saratok YB JELAING AK MERSAT  merangkap timbalan menteri pengangkutan malaysia. semua peserta disambut dengan minuman dan kuih muih semasa hari gawai. sterusnya aturcara dimeriahkan lagi dengan tarian ngajat iban ;lelaki NORRIS, NICHOLAS DAN PETTY KADOM penuh dengan pembawaan pahlawan iban ketika dahulu. selamat datai , merupakan kata-kata aluan tuai rumah di BAJAU. setrusnya ucapan perasmian yang behormat sekaligus melengkapkan lagi aktiviti yang turut d anjurkan. selepas kudapan petang semua pserta mandi d sungai yang berhampiran rumah panjai tersebut. Luahan peserta yang bernama Mia menyatakan bahawa pengalaman pertama mandi di sungai. pengalaman tersebut di harap dapat membantu membentuk jati diri yang kuat serta kukuh dalam kalangan mereka.  mereka sudah di bahagikan kepada keluarga angkat untuk setiap bilik . terdapat 32 pintu rmah pnjang tersebut menerima 4 hingga 5 orang anak angkat untuk setiap bilik. malam pun tiba dengan iaitu makan malam. selepas itu , aturcara seterusnya ialah "ngelaluka petara". acara ini melibatkan wakil dari setiap bilik berjalan mengelilingi ruai sebanyak 3 kali berturut.  selepas selesai acara tersebut. wakil dari kedua-dua pihak berucap sepatah dua kata sebelum meneruskan lagi program pada malam itu. pada malam tersebut semua peserta di hidangkan dengan persembahan ngajat capak oleh norris  merupakan penari sekolah yang aktif dengan pertandingan dalam dan luar sekolah. selain itu beliau juga merupakan jurulatih tarian PRA U smk kalaka. ngajat capak dikenali sebagai tarian yang membawa pinggan seolah-olah seorang lelaki jati iban turut dalam upacara miring. persembahan tersebut telah menarik perhatian ramai peserta dan penduduk rumah panjang apabila gerak tari yang mengerakkan pinggan seramik hanya berdiri di atas pinggan tersebut... nicholas beliang , dengan kepakarannya mempersembahkan ngajat "kesa"@kerengga. ngajat ini unik dengan gerak tari yang berimiginasi seolah-olah orang di gigit serangga tersebut. ngajat indu di persembahkan adik JATA telah memukau para peserta yang hadir. penari bertiga ngajat iban sekali lgi mempersembhkan ngajat seiring dengan pegerakkan sendiri. sorakan para peserta amancampus telah mengisi kemeriahan sambutan hari gawai di rumah panjang tersebut. jam telah menunjukkan pukul 12.00 am aktiviti ngirup ai pengayu wajib dalam kalangan yang menyambut perayaan hari gawai.  aturcara seterusnya pertandingan ratu kumang, kebaya dan lelaki yg begelar sebagai keling . selesai sahaja pertandingan tersebut semua peserta di jemput bersama-sama poco2 dan joget iban... berpencha , kuntau dan wushu turut di pertunjukan antara penghuni dan peserta. hal in mampu mengeratkn lagi hubungan antara kaum. pagi pun menjelang tiba mereka pun turun mandi di sungai dan bersiap untuk bertolak ke tempat lain. sebelum itu miring dan ngetas ranyai juga turut di jalankan.


laporan bernama: norrismusi

Isnin, 30 April 2012


kerja kursus seni catatan
  • lakaran awal
  • perkembangan idea
  • kajian komposisi
  • kajian warna
  • kajian media dan teknik
  • meregang kanvas di atas frame dan melakar
  • mula mewarna di atas canvas
  • kemasan
  • kemaskini folio
  • minggu terakhir pameran
  • hantar ke ppd

Ahad, 29 April 2012

SENIVISUAL
PENGKARYAAN
-SENI HALUS
  • LUKISAN
  • CATAN
  • CETAKAN
  • ARCA
PEREKAAN
       -KOMUNIKASI VISUAL
  • reka bentuk grafik
  • multimedia

REKA BENTUK TEKNOLOGI
  • INDUSTRI
  • AUTOMOBIL
  • SERAMIK
  • FESYEN
  • TEKSTIL
REKA BENTUK PERSEKITARAN
  • LANDSKAP
  • HIASAN DALAMAN
salam satu malaysia , salam sejahtera
di ucapkan kepada pengunjung blog saya, saya selaku pengolah blog ini mengalu-alukan anda semua untuk berkongsi maklumat , info harian, berita dan sebangainya. hal ini demikian kerana, zaman yang penuh berteknologi kini memerlukan ilmu pengetahuan yang luas dan ilmu senang di cari hanya di hujung jari. di sini kita dapat tahu bahawa kerajaan malaysia prihatin untuk merapatkan jurang penduduk luar bandar serta di kawasan pendalaman supaya dapat bersaing bersama penduduk di bandar dalam dunia ict.oleh itu kerajaan memperuntukan sejumlah wang untuk menyediakan pemberian komputer riba kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan pendapatan yang rendah dibawah rm3000. pemberian komputer riba kepada pelajar dan ketua-ketua masyarakat telah menunjukan bahawa kerajaan tidak inginkan rakyatnya tinggal dalam dunia ict. terdapat beberapa kebaikan dan keburukan dalam pemberian komputer riba kepada pelajar namun semua bergantung kepada pelajar itu sendiri.

        kebaikan:
  1. memudahkan pelajar mencari maklumat
  • maklumat mudah di cari dalam lman sesawang yang sedia ada
  • mklumat hanya di cari di hujung jari
  • cntoh, pengunaan jalur lebar pada komputer riba, telefon
   2.mengisi mana-mana utk kemasukan ipta dan ipts
  • pelajar dapat tahu syarat-syarat kemasukan kemana-mana institusi
  • meyakinkan pelajar untuk mencapai keputusan yang baik bagi memenuhi syarat kemasukan yang di tetapkan.
  kburukan:
  1. pelajar tidak pandai membahagikan masa
  • pelajar leka hingga mengabaikan kerja sekolah
  • menghabiskan masa dengan hanya bermain aplikasi mainan yang sedia ada.
    2. memudahkan pelajar melayari blog dan muatturun video lucah
  • pelajar mudah terjbak dengan kegiatan maksiak dan seks bebas
  • meningkatkan kes pembuangan bayi       

BETONG:SMV BETONG turut menghantar pemain bawah 18 tahun semasa pertandingan bola tampar mssb . smvb tetap bersemangat walaupun tidak memperolehi sebarang kedudukan smasa pertandingan, namun smv betong mampu memberi saingan hebat kepada smk pusa dan smk kalaka. skuad lelaki  18 mampu meninggalkan smk kalaka dengan mata 16 - 25. 25-23, 15-13,.

 berita bernama
contoh kajian penyelidikan tingkatan 6 @ pra u



Abstrak

Sejak kebelakangan ini, gejala ponteng adalah masalah yang semakin berleluasa di kebanyakan sekolah dan menjadi isu yang hangat diperkatakan sama ada diakhbar-akhbar tempatan,forum ,seminar pendidikan dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat factor dan kesan yang menyumbang kepada gejala ponteng kelas dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kalaka Roban, Betong Sarawak. Faktor –faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah factor guru sekolah,factor rakan sebaya, factor prasarana sekolah. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan dua lelaki asrama SMK KALAKA ROBAN. Keputusan kajiian mendapati  semua factor yang dikaji terlibat dalam menyumbang gejala ponteng dalam kalangan pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Kalaka Roban  factor rakan sebaya mempunyai tahap yang mempengaruhi  manakala ,factor prasarana  sekolah  dan guru sekolah mempunyai tahap yang sederhana mempengaruhi. Dapatan kajian ini boleh member manfaat dan di ambil oleh pihak- pihak tertentu seperti pihak kementerian pelajaran dan masyarakat supaya dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya supaya gejala ponteng dapat di selesaikan.



1.0 PENGENALAN

1.1 MATLAMAT KAJIAN

Ponteng adalah kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa  alasan yang munasabah.Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai perbuatan yang laridari tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Secara umumnya, gejala ponteng berpunca daripada ibubapa, pelajar itu sendiri, pihaksekolah, rakansebaya dan faktorluaran. Gejala ponteng turut meninggalkan beberapa kesan yang merangkumi pelbagai aspek.



1.2 OBJEKTIF KAJIAN

o   Mengenalpastipuncapontengkelas.

o   Mengenalpastikesanpontengterhadapsekolah, pelajardanibubapa.

o   Mengenalpastikepentingankajianterhadapsekolah, guru-guru danibubapa.



1.3 PERSOALAN KAJIAN

Kajian tentang gejala ponteng kelas dalam kalangan pelajar dijalankan di sekolah SMK Kalaka Roban .Gejala ponteng kelas ini akan meninggalkan beberapa kesan keatas sekolah jika masalah ini tidak dibendung .Terdapat juga pelbagai cara mengatasi masalah gejala ponteng kelas di sekolah.  Langkah mengatasi tersebut dapat membantu mengurangkan gejala ponteng kelas dalam kalangan pelajar lelaki  asrama tingkatan 2  Smk Kalaka Roban.



1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

1.       Kajian ini boleh menyedarkan para pelajar supaya tidak melakukan gejala ponteng yang akan mendatangkan kerugian kepada mereka.

2.       Kajian ini penting untuk ibu bapa dan guru bahawa betapa pentingnya peranan mereka untuk memantau para palajar.



1.5 BATASAN KAJIAN



Kajian ini dijalankan di SMK  Kalaka ROBAN.  Dalam kajian ini, pelajar tingkatan 2 menjadi responden iaitu lelaki, pelajar asrama dan seramai 30 orang .Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak.



2.0SOROTAN KAJIAN

























3.0  METODOLOGI

3.1  REKABENTUK KAJIAN


3.2  PERSAMPELAN

MaksudPopulasi

menurut kamus Dewan pelajar Edisi kedua populasi didefinisikan sebagai penduduk sesebuah Negara, negeri , dan daerah. Disamping itu juga populasi juga boleh dikaitkan sebagai kumpulan haiwan dan tumbuh-tumbuhan  yang terdapat disesuatu kawasan atau habitat tertentu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat pula menyatakan bahawa populasi ditarifkan sebagai jumlah semua orang yang mendiami sesuatu tempat seperti Negara , negeri , dan daerah. Malahan populasi juga merupakan individu spesies haiwan da tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan geografi atau habitat tertentu.











MaksudSampel



Sampel ditarifkan sebagai bahagian seperti bilangan dan kumpulan yang kecil mewakili bahagian disebabkan  yang jauh lebih besar dan biasanya dijadikan sebagai contoh untuk penelitian dan kajian. Persampelan merupakan memilih sampel secara rawak.

 

Sampelkajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki asrama tingkatan 2 di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Roban.  Kesemua sampel yang dipilih merupakan pelajar yang pernah terlibat dalam kegiatan poteng kelas. Pemilihan pelajar tingkatan 2 kerana mereka tidak menghadapi peperiksaan umum pada tahun ini.Disamping itu pada peringkat ini,  banyak pelajar terlibat dengan gejala ponteng kelas..





3.3  INSTRUMENTASI

Instrument kajian

Instrumenkajianmerupakanalatukurbagipengumpulandata.intrusmentkajian yang digunakandalamkajianiniberbentuksoalselidik.Denganmenggunakankajianiniiadapatmembolehkanpenyelidikmegetahuisikapseseorangdalammenjawabsoalanbagimemeastikankeesahansoalselidik yang digunakan.Pengajiatelahmemastikansoalan-soalan yang dikemukandapatmenjelaskan factor yang menyebabkanpelajarpontengkelas.

Kaedahsoalselidikdigunakanuntukmendapatmaklumatlengkapdaripadarespondanmengenai factor yang menyebabkanberlakunyapontengkelaskeranaiadapat:

i)                     dapatmenjimatkanmasa

ii)                   lebihmudahdansesuaiuntukrespondan

iii)                  tidakmemerlukanperbelanjaan yang tinggi

iv)                 pengumpulan data denganlebihcepat

v)                   bilanganrespondan yang tidakramai

Soalselidikmerupakansejenisborang yang mengandungisoalan-soalantertutupiaitusoalan yang telahdijawabdandisertaisoalanterbuka yang untukmengetahuipandanganataurespondaripadapelajar.Iadibentukberdasarkanpersoalankajian yang ingindihuraikandanberdasarkansorotankajian yang telahdijalankan.SaolaninimengandungiduabahagianiaitubahagianAdanbahagian B.

Bahagian A mengandungisoalantentanglatarbelakangrespondan.Denganmengunakankaedahinipengkajiakanmenyoalkantentanglatarbelakangrespoadan yang berkaitantentangbeberapasoalan.

Bahagian B pula mengandungi 15 soalan yang bertujuanuntukmengetahuipandangantentangpelajarpontengkelasberdasarkan factor yang menyebabkanpelajarterlibatdalamgejalaini.



3.4   PROSEDUR KAJIAN

Kami menjalankanpengumpulanmenggunakankaedahkualitatifpadapelajartingkatan 2 lelaki yang merupakanpelajarasrama. Kami mengedarkanboring  soalselidikpra yang terdiridaripadapelajartingkatan 3. Hal inibertujuanuntukmelihatkefahamantentangperkara yang akanditanyadalamborangsoalselidik. Boranginiakandiedarpadasesibelajarmalam. Dalamborangsoalselidik, soalan yang akanditanyameliputilatarbelakangkeluarga,faktor-faktor yang mendorongpelajarasramapontengdankesanpontengterhadappelajar yang ponteng. Proseduranalisis data-data yang dikumpuldariistrumenkajianakandianalisisdenganmencarifrekuensidanpratus. Maklumatmengenaipuncapontengkelaskepadapelajaradalahbertujuanuntukmelihatperatussatupuncapontengkelas yang menjadipendorongkepadapontengkelas.Maklumatinijugabergunauntukmencaripelajar yang pontengdalamsesuatukelas di sekolahini.Selainitu kami jugamencarimaklumat di internet, media massadan di buku-bukurujukan. Data yang diperolehidaripadasoalselidikakandianalisisuntukmelihatpunca yang menjadipendorongpelajarpontengkelas.





3.5  KAEDAH ANALISIS DATA



4.0  PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN



5.0  RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN