Ahad, 12 Ogos 2012



Soalan 11
Bandingkan peranan Jose Rizal di Filipina (1872-1896) dan Sukarno di Indonesia (1927-1945) dalam gerakan nasionalisme di negara masing-masing.
Pendahuluan( 3/2 Markah )
Jose Rizal dan Sukarno adalah dua tokoh yang boleh dianggap wira dalam perjuangan nasionalisme di Negara masing-masing.Jose Rizal dilahirkan di Calamba, Luzon pada tahun 1861 dari keturunan Sepanyol-Cina. Sangat berminat dalam bidang bahasa dan kesusasteraan dan telah berusaha menuntut kemerdekaan bagi Filipina melalui idea penulisan. Sukarno pula dilahirkan pada 6 Januari 1901 di Belitar, Jawa Timur. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Belanda, Surabaya. Melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan antara tahun 1921-1925. Seorang tokoh yang mempunyai kebolehan berpidato. Sangat dikagumi kerana merupakan bapa kemerdekaan Indonesia.Meninggal dunia pada bulan Jun 1970. Kedua-dua tokoh ini mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu masing-masing berusaha untuk menuntut kemerdekaan bagi negara masing-masing, cuma taktik perjuangan mereka jelas nampak perbezaannya.
Isi( 20 Markah )
Peranan Jose Rizal( 10 Markah )
1.Perjuangan melalui penulisan
-Jose Rizal yang meminati bidang penulisan telah menggunakan kesempatan ini dengan mengungkapkan idea nasionalisnya melalui novel Noli Me Tangere yang dihasilkan di Berlin pada tahun 1887.
-Karya itu bermaksud ‘ Jangan Sentuh Daku atau Barah Masyarakat’ telah mendedahkan kepincangan hidup masyarakatFilipina yang dibelenggu ketidakadilan pemerintah Sepanyol.
-Novel El Filibusterismo atau ‘ Pemerintah Yang Tamak’ untuk mengkritik undang-undang dan golongan agama Filipina.
-Beliau bersama Marcelo Del Pilar dan Graciano Lopez telah menerbitkan akhbar La Solidaridad di Barcelona pada 1889 untuk mendedakan keburukan pemerintah Sepanyol, keadaan petani yang ditindas dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filipina.
2.Gerakan berpersatuan
-Menubuhkan Liga Filipina di Hong Kong pada tahun 1891 yang menekankan pembangunan masyarakat.
-Menubuhkan cawangan Liga Filipina di Manila dengan tujuan :
a.Mendapatkan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik bagi negara dengan aman.
b.Melindungi penduduk Filipina daripada kekejaman dan ketidakadilan Sepanyol.
c.Mengkritik golongan gerejayang menjadi penghalang kemerdekaan Filipina.
-Akibatnya, beliau dibuang negeri ke Dapitan di Pulau Mindanao pada 7 Julai 1892.
-Idea kesedaran ini telah memberi idea kepada Andres Bonifacio untuk menubuhkanKatipunan (Kesatuan Putera-putera Republik ) pada tahun 1892 yang menyebarkan idea revolusi sebagai salah satu cara dalam menggulingkan kerajaan Sepanyol.
-Idea ini tidak disokong oleh Jose Rizal dan beliau menasihati pemimpinnya agar tidak mengadakan revolusi.
-Beliau disyaki terlibat dan menyokong golongan pemberontak dan dihukum tembak pada 30 Disember 1896.
Peranan Sukarno( 10 Markah )
1.Sebelum perang dunia kedua
-Mulai aktif dalam politik ketika menjadi ahli Kelab Perbincangan Bandung yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Indonesia yang belajar di Holland untuk menentang Belanda.
-Beliau juga berminat dalam organisasi pelajar dan Perhimpunan Indonesia yang ditubuhkan di Belanda pada tahun 1922,
2.Parti Nasional Indonesia (PNI)
-Telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) dengan bantuan Dr. R.M. Sartono dan Dr.Tjipto Mangun Kusomo pada4 Julai 1927, selepas menarik diri dari menjadi anggota Sarekat Islam.
-Matlamat penubuhannya PNI :
a.Menyatukan semua parti nasionalis agar menuntut kemerdekaan penuh.
b.Menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.
c.Menentang fahaman imperialis dan kapitalis.
-PNI mengalami perkembangan pesat di bawah kepimpinan beliau. Berjaya mengumpul sejumlah 10 000 orang ahli dan pengaruhnya meluas dari Pulau Jawa ke wilayah-wilayah Sumatera Timur. Pada 1928, Sukarno telah berusaha menyatukan semua pertubuhan politik di Indonesia untuk mewujudkan perpaduan nasional.
-Hasilnya Permuafakatan Parti-parti Politik Indonesia (PPPKI) ditubuhkan dengan disertai oleh Sarekat Islam, Budi Utomo, Pasondon Ikatan Sumatera dan Kelab Pelajar Surabaya.Tindakan beliau ini telah mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan kedudukan Belanda. Sehubungan dengan itu, beliau ditangkap dan dipenjarakan pada Disember 1929, menyebabkan PNI berpecah
-Pada 1931, beliau dibebaskan semula dan berusaha menyatukan ahli-ahli PNI tetapi gagal. Pada 1933, menyertai Parti Indonesia (PARTINDO) kerana mempunyai ciri-ciri perjuangan yang sama dengan PNI.
-Sukarnotelah berjaya mengembangkan idea-idea nasionalisnya melalui pidato ke seluruh Pulau Jawa. Sekali lagi Sukarno telah ditangkap dan dibuang ke Flores di Indonesia Timur sehingga dibebaskan oleh Jepun pada 1942.
3.Semasa pemerintahan Jepun di Indonesia
-Jepun telah memberi layanan baik kepada rakyat Indonesia dan bertindak membebaskan nasionalis Indonesia yang ditangkap oleh Belanda. Antaranya ialah Sukarno, Mohamad Hatta dan Sutan Sjahrir. Jepun menggalakkan belia-belia menyertai PETA (Pembela Tanah Air).Tujuannya ialah untuk melatih belia Indonesia menentang Belanda bagi pihak Jepun.
-Pada bulan Mac 1943, PUTERA ( Pusat Tenaga Rakyat ) ditubuhkan atas sokongan Jepun. Sukarno telah dijadikan sebagai pengerusi PUTERA yang terdiri daripada semua kumpulan nasionalis di Pulau Jawa. PUTERA menjadi lebih bersifat nasionalis daripada bersifat pro-Jepun. Akhirnya 1943, Jepun telah membubarkan PUTERA.
-Pada pertengahan tahun 1944, kerajaan Tojo di Jepun telah runtuh. Perdana Menteri Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Pada 8 Ogos 1945, Ketua Pemerintah Tentera Jepun iaitu Marshal Terauchi telah menemui Sukarno, Hatta dan Dr. Radjiman Wedio-diningrat di Saigon, Indocina.
-Jepun telah bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada 24 Ogos 1945.Akan tetapi, Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Justeru itu, Sukarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
4.Selepas kekalahan Jepun
-Apabila perang Pasifik tamat, Belanda telah kembali ke Indonesia dan mengadakan rundingan dengan nasionalis Indonesia. Pada Oktober 1946, Perjanjian-Linggajati telah ditandatangani. Hasilnya, satu persetujuan telah dicapai pada 15 November 1946 di mana Belanda telah bersetuju untuk mengiktiraf Republik Indonesia (Jawa, Sumatera dan Madura)
-Perjanjian Linggajati tidak berjaya kerana rakyat tidak berpuas hati dan kekacauan telah berlaku. Belanda telah mengambil ‘tindakan Polis’ untuk memulihkan keamanan. Tindakan Belanda ini telah menerima kecaman hebat daripada banyak negara di dunia.
-Keadaan ini memaksa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu campur tangan. satu persidangan Meja Bulat telah diadakan di Hague pada 23 Ogos 1949.Belanda telah bersetuju mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 27 November 1949. Negara itu mengandungi sebuah republik persekutuan enam belas buah negeri.Sukarno telah dilantik sebagai Presiden RepublikIndonesia yang pertama.
Kesimpulan( 2/3 Markah )
Kesimpulannya, Jose Rizal dan Sukarno adalah dua tokoh penting dalam perjuangan nasionalisme Negara masing-masing untuk mencapai kemerdekaan. Namun begitu, nasib lebih menyebelahi Sukarno kerana perjuangannya telah berjaya membawa hasil kemerdekaan Indonesia dan beliau sendiri telah dilantik menjadi Presiden Indonesia yang pertama.Manakala Jose Rizal tidak sempat menyaksikan kemerdekaan Filipina kerana telah dihukum tembak oleh kerajaan Sepanyol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan