2012
SENARAI TUGAS PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN / OPERASI N17
SENARAI TUGAS PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN / OPERASI N17
1. Menerima dan merekod surat-surat harian, memo, akta, perintah,
arahan, pekeliling,sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat dan
diserahkan kepada Ketua Cawanganuntuk tindakan selanjutnya.
2.
Menaip surat-surat berkaitan pentadbiran am, laporan, minit mesyuarat,
memo, formatdan lain-lain surat rasmi yang diarahkan Ketua Cawangan.
3.
Mengedar surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling,
sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat untuk makluman para
pegawai.
4.
Memohon, merekod dan mengawal pergerakan stok alatulis serta mengagihkan kepada pegawai yang memerlukan.
5.
Menerima, mengawal, merekod dan membuat iringan cuti-cuti rehat dan
pelbagai cuti darisemua kakitangan di cawangan untuk sokongan dan
kelulusan serta mengemaskini penyata cuti tahunan dan pengumpulan cuti
rehat bagi GCR anggota cawangan darisemasa ke semasa.
6.
Menerima surat-surat yang perlu dihantar ke bahagian, cawangan, syarikat setelahdirekodkan di dalam fail.
7.
Membuka sampul kecil bertujuan mewujudkan fail timbul dan diserahkan
kepada KetuaCawangan untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan
kepada Ketua Bahagian.
8.
Mengawalselia mesin fotostate, komputer, printer perihal kegunaan,
bekalan danmelaporkan kerosakan kepada pihak logistik dan juruteknik.
9.
Membuka, mengawalselia, merekod, mengemaskini dan menutup fail pentadbiran darisemasa ke semasa.
10.
Menerima fail-fail dari pegawai-pegawai untuk tindakan dan perhatian atau ulasan dansokongan kelulusan Ketua Cawangan.
11.
Memohon, memesan, merekod dan mengawalselia stem pos yang diperolehi dari urusetia bagi kegunaan pengeposan surat rasmi jabatan
Semoga bermanfaat untuk anda yang memerlukan.