NUKLEAR DAN KESAN JANGKAANYA
KEPADA DUNIA
Bom atom yang di gugurkan di Hiroshima merupakan
peningkatan kuasa pemusnahan daripada beberapa tan TNT kepada kekuatan yang
setara dengan ribuan tan TNT (kilotan). Bom hidrogen yang dihasilkan satu dekad
kemudianya merupakan peningkatan kekuatan daripada ribuan tan TNT kepada juta
tan TNT (megatan). Dunia dijangkakan akan mempunyai senjata nuklear berkekuatan
10,000 megatan TNT. Sebuah bom termonuklear mempunyai kuasa letupan lebih
kuat daripada gabungan seluruh kuasa letupan yang pernah digunakan oleh
manusia setakat ini, dalam setiap pertempuran di sepanjang zaman.
Peletusan bom nuklear menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma,
sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan
gangguan-gangguan atmosfera. Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan
nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan. Gelombang letupan dihasilkan oleh
peningkatan tekanan secara keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang
sedang mengewap. Melalui udara, gelombang letupan bergerak dengan kelajuan
supersonik. Tubuh manusia boleh di asak mati oleh gelombang letupan, sehingga ke
tempat-tempat di mana tekanan lebihannya yang disebabkan oleh gelombang letupan,
sekurang-kurangnya satu atmosfera melebihi tekanan biasa. Walaupun dilindungi
oleh perisai terma atau perisai sinaran, manusia disekitar tempat letupan boleh
mati akibat daripada kerosakkan-kerosakkan terhadap paru-paru, yang disebabkan
oleh gelombang letupan. Satu pertiga daripada tenaga ledakkan dibebaskan dalam
bentuk kilat terma. Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan
secara serta-merta menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan
cahaya. Suhu yang sangat tinggi ini mengkondensasikan segala yang berada
disekitar tempat ledakkan. Pada jarak yang lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan
menjadi cair. Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu mungkin cukup tinggi untuk
menyebabkan kebakaran. Kesemua ini akan menyebabkan terjadi ribut api. Suhu akan
meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat perlindungan yang
kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen Sebanyak 5%
tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui pancaran sinar gamma dan neutron.
Pada bom termonuklear pancaran sinaran awalan ini tidak memainkan peranan utama
membunuh secara serta-merta, kerana kesan letupan dan kesan termanya lebih
hebat.
Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh ledakkan bom nuklear tidak
membahayakan manusia tapi ianya mampu memporak-perandakan sistem-sistem
perhubungan moden yang mana lanjutan ini akan menyukarkan usaha-usaha
penyelamatan mangsa. Selepas kesan serta-merta diatas berlaku pula luruhan
radioaktif yang akan menyebabkan manusia menyerap dos sinaran yang boleh
menyebabkan maut jika pendedahan berlaku dalam masa yang cukup lama terutamanaya
jika berada dikawasan lapang. Satu megatan bom nuklear akan menghasilkan luruhan
radioaktif yang boleh menyebabkan maut pada kawasan lingkungan 2000 km persegi.
Kesan peperangan nuklear tidak terhenti dengan kematian dan kecedraan yang
berlaku secara serta merta sahaja. Kerana bukti penduduk Hiroshima dan Nagasaki
yang masih hidup saki bakinya menunjukkan mereka menderita akibat dari
kerosakkan dan kesan-kesan jangka panjang sinaran radioaktif yang terhasil.
Antara kesan yang timbul adalah penyakit kulit, keguguran rambut, lukemia dan
penyakit genetik semakin berleluasa selepas peperangan.
Bagi yang selamat, mereka akan menyaksikan satu pemandangan yang amat
mengerikan. Mayat-mayat manusia dan bangkai-bangkai mangsa sinaran yang sedang
mereput, sisa-sisa buangan dan najis yang tidak terurus akan menjadi tempat
pembiakkan yang cepat bagi lalat dan segala jenis serangga yang lebih tahan
sinaran. Keadan ini akan memudahkan penyebaran wabak penyakit. Mereka yang sakit
tidak dapat dibantu dengan berkesan kerana infrastruktur perubatan dan kesihatan
tidak teratur ataupun lumpuh. Sistem perhubungan, sistem pengangkutan dan pendek
kata segala jenis perkhidmatan dan perbekalan makanan dan tenaga menjadi lumpuh.
Bekalan air melalui sistem yang ada tidak dapat berfungsi lagi kerana telah
dicemari dengan luruhan radioaktif yang menyebabkan air tidk selamat untuk di
minum.
Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan
menghalang 99% cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa
minggu, matahari pada tengaharinya seperti bulan purnama. Suasana gelap
kesenjaan ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya enam bulan dan lapan bulan
berikutnya suasana ini akan berkurangan sebanyak setengah kali ganda sahaja.
Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis oleh tumbuhan menyebabkan
banyak tumbuhan mati. Suhu yang terlalu rendah juga membunuh banyak hidupan dan
menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar. Mereka yang selamat
akan mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif.
30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama
untuk membinanya kembali. Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar
yang tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata. Negara-negara
yang tidak terlibat juga akan mengalami kesan dari segi fizikal dan ekonomi
kerana sisa radioaktif yang bertebaran di atmosfera berpindah disebabkan
pergerakkan atmosfera.. Dari segi ekonomi, jika negara yang terlibat adalah
negara yang merupakan sumber pengeluar bahan makanan, ternakkan dan pertanian
maka perdagangan dan pemebekalan antarabangsa sudah tentu akan mengalami krisis.
Telaga-telaga minyak yang musnah menyebabkan sistem bekalan minyak dunia
terganggu. Sememangnya ini amat merugikan dunia.
Kesemua di atas adalah kesan jangkaan yang dibuat oleh pakar-pakar
nuklear yang sememangya telah dapat menjangkakan kesan berdasarkan eksperimen
dan maklumat lepas yang diperolehi. Peperangan nuklear berpotensi untuk
menyebabkan kemudaratan dan kemusnahan yang menyeluruh dan mengancam penerusan
kehidupan manusia. Maka sesuailah peperangan nuklear ini dibuat perumpamaan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan