Isnin, 11 Februari 2013
info berita terkini dari jelupang sempena musim hujan
banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini berpunca daripada pembinaan skim padi di sekitar kampung jelupang. keadaan ini amat membimbangkan penduduk rumah panjang dan penghuni rumah bantuan kerajaan. walaupun mangsa menerima bantuan daripada pelbagai pihak namun begitu ia tidak ckup kerana itu adalah bantuan jangka pendek sahaja. kerajaan harus memberi bantuan menyelesaikan masalah banjir di sekitar tersebut dengan mengalirkan air tandahan skim padi berkenaan ke sg seblak..takungan air berlbihan menyebabkan bnyak kawasan di tengelami air dan memusnahkan banyak tanaman di sekitarnya. saya menyeru agar pembinaan skim padi tersebut harus mengambil kira kesan sampingan kepada penduduk sekitarnya. paling bahayanya terdapat sumber mengatakan bahawa buaya telah memasuki parit yang di bina unuk skim padi tersebut, justeru membahayakan keselamatan penduduk kampung yang berhampiran dengan parit berkenaan lebih-lebih lagi kanak-kanak yang masih mentah suka bermain di tebingan parit tersebut.
Sabtu, 19 Januari 2013
cerita pemanchal suba
taun 1993 aku di ada ka indai aku ba hospital miri kena ke 28 julai 1993 . pengada aku mujur ngau meruan ndai cacat tauka timpang pendiau terima kasih tuhan. maya aku angkat besai nang sigi maya manchal maya umur 4 taun . abis pantai ba kampung api ba lutong ,miri alai ku bemain. ngau orang begiga ke gerama, ngau nginti ikan belukang. maya umur masuk gai 5 taun udu ndar aku enggau orang begiga ke botol ngau tin ke dijual bulih ga 50 sen bisi ga kena meli roti ba kedai. maya tu aku di anjung ngagai tadika mission ba siti gereja ba lutong . amt rindu ga bsekula ba dia. terubah ea nda nmu pgawa orang sekula. bekal ndai mai , nasib bala kawan mai makai roti ke di bai sida ea. maya tadika tu mu mat nguntik indu sekelas nyau bepalu enggau botol ai dalam pjero ke kena kami pulai berundang,.hahaha nyau nda tan ank jiran kami nya di palu enggau botol ai ku kering nyabak tudah.. lucu mat,.plai ari skula alu jampat2 muka baju sekula nukar ngau baju sampang ke bechura biru ke di kumbai ku baju robin hood. nda cecamang alu beguai belanda nuju ke tasik baru meda org nyala ikan,. alit ati meda orang besai tuai ulih nyemerai sungai ba semak nanga pantai dia, nma gi deh laban ka nitih magang pegawa orang. alu lah aku begadai2 negah ai umbas ya penalam. skali trindik ke tunggul. enda nmu takut mya tu majak aku nyinkang ke kaki nda mukai-mukai lalu terindik ke ai dalam aku ngujung ke aku lemas luput nda nmu utai. nasib seduai bakih ke nyala tadi meda jari aku tenggelam pansut. nyau enda nmu diri tudah aku dah di bai orang ngagai tebing laban ke luput. alu nmu jera mimit aja aku nya tu
Khamis, 17 Januari 2013
luahan hati
terbilang pemengai nembiak keterubah ari menua jelupang baruh ba smk kalaka roban
menua jelupang nang siti menua ke ba ujung jalai masuk ari simpang nyiar roban. tam ke dalam ngambi beberapa mnit aja laban jalai nyau meruan enda baka suba nyau nujah nanjak ai sg seblak nya ngena perau ke ngembuan injin pam.. sigi merinsa ma ka ngagai pasar meda pengerami. menya ti nitih ke di tusui bala sida indai sida ia nurun ngagai sk sg nyiar nyau bendar niki bukit enggau nengah babas. sida mai beras kediri. ba skula ngaga lubang diri empu alai nakung ai. laban menya ni nmu utai ke benama ai paip baka kitai ke diatu semina mulas ke pala paip nyau berterubuh ai pansut. diatu aku ngasai menua nya agi kurang pemansang ari orang ke diau ba mnua ke bnama jelupang. nyadi aku mengkritik ngambi ke bisi nyadi pancar ngambi ke bisi nerang ke jalai nembiak ke dudi ari ila ti datai ari menua nya. diatu nitih ke peda mata aku mayuh antara nmbiak ke benung angkat bujang dara mayuh amt enda nembu ke pelajar ba tikas spm. bisi sekeda sida badu sebedau pom 3.pekara tu balat mat ngirau ke ati kebuah iya myuh bala nmbiak kelalu tumu ka bridup melaki bini,nyamai nyepi bekuli sbulan dua, nadai sokong apai indai enggau mayuh agi ke bukai enda alah di rintai. tu ngasuh rumah jelupang balat jauh bndar tinggal ari rumah panjai2 ke bukai. aku aja siku laki ke udah mujur masuk ngai pom 6 ngau nganti ke nyambung ba tikas ke tinggi agi tauka kerja mnyana ti tetap. nya aku ngelalau nmbiak ke dudi ari ngambi ke sma bela ngemansang mnua kitai jelupang ngambi ke pegari belama. kurang ke pengawa ngelangkau ai.. nya tau ngerusak diri .simpan duit kena meli utai ke lebih mayuh guna ari ke meli arak. anang udu bejaku ke org meda org ke senang mimit. uji berunding bakani ka ngemansang ruang bilik diri. ndai ngawa ktai merinsa dulu nyengula ke anak ank mudah nyerah. laban ank ktai baka buah sawit ke mesti di intu manah, di beri baja ngambi ke ea idup manah meruan ngemansut ke asil ke manah... nya aja ari aku pegarang bkaul menua diri,.
Isnin, 5 November 2012
Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.
Pada pendapat saya, Dasar 1 Murid 1
Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari
kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan
negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan
berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung
dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan
murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke
arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis
sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak
mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4
hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6
di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3
digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian
kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa
dan negara melalui sukan.
Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan
dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Aktiviti sukan berupaya
meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid
dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai
rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk
dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap
masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat
merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai
penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat
Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di
negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan
memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha
membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.
Selanjutnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan
berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di
peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara
lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat
tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara
Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui
sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan
sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli suka mesti bersatu padu untuk menjadi juara
tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan
dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan
ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi
bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.
Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat
memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal. Dasar ini boleh
memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid
pada zaman ini lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan
kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah
membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas
tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan
rakan-rakan dalam bidang akademik. Bagi golongan ini, aktiviti sukan hanyalah
untuk pelajar-pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka.
Oleh itu, mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan
kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke
padang dan gelanggang untuk bersukan.
Akhir sekali, Dasar 1 Murid 1 Sukan
berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan
peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut
kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah
satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh
dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta
ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan
menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan
beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong
Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.
Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan
membawa banyak kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua
pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua
aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1
Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1
Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan
akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap samba lewa, bak kata pepatah,
“sekadar melepaskan batuk di tangga”. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan akan
menjadi realiti. ‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’
Selasa, 30 Oktober 2012
nota masyarakat jahiliyah
1. Kepercayaan / Agama :
a.
Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala
dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan
Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala.
Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan
yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. (
Berikan contoh )
2. Hubungan Masyarakat / Sosial :
a.
Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani
masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan
sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan
mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam
keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan
antara kabilah berleluasa.
3. Peperangan :
a.
Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di
kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai
Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang
Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
4. Kelas Masyarakat :
a.
Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan
bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam
masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka
tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat
kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman
ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak
mereka.
5. Kedudukan Wanita :
a.
Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita.
Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap
sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami,
menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan
suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka
dipandang rendah.
6. Akhlak :
a.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti
berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah
sebati dengan kehidupan mereka.
7. Politik :
a.
Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang
wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti
Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik
kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan
sistem politik kabilah.
8. Nilai-nilai Positif :
a.
Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti
menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim.
9. Amalan Ekonomi.
a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah ekonomi yang penting dan menguntungkan.
Ahad, 30 September 2012
Rabu, 26 September 2012
zaman kerajaan bani ummaiyah dan abbasiyah merupakan zaman yang berlangsung selepas zaman yang berlansung selepas zaman khulafa al- Rasyidin dan berlaku perkembangan pesat dalam pendidikan. Antara faktor yang membawa kepada perkembangan pesat ini termasuklah sokongan pemerintah dasar islam yang mementingkan ilmu dan sebagainya.
pada zaman bani ummaiyah institusi masjid di jadikan pusat pendidikan utama seperti masjid Kufah dan Basrah.istana khalifah dijadikan tempat belajar dan perpustakaan yang menyimpan segala bahan bacaan, Yunani diterjemah ke dalam ke dalam kesusteraan Arab. terdapat juga institusi "khuttab" iaitu sekolah permulaan. terdapat 2 jenis khuttab iaitu untuk orang awam yang dikenakan yuran. pengajian al-quran dan asas ilmu agamaditekankan di khuttab. kaedah pengajiannya berbentuk "halaqah" iaitu seorang guru akan duduk di tengah dan di kelilingi murid-murid.
dari segi tenaga pengajar , guru di masjid miliki ilmu pengetahuan yang kukuh dan mereka mengajar dengan iklas tanpa mengharapkan gaji. guru-guru di istana digelar sebagai "muaddid" dan kurang berpengetahuan berbanding guru di masjid. mereka bukan setakat mengajar ilmu malah turut mendidik anak-anak khalifah. sebagaicontoh tokoh ulama terkenal yang menjadi guru di masjid abdullah abbas iaitu ahli tafsir hadis dan sastera , hassan al basri ulama fikah dan usuluddin. antara muridnya yang terkenal iaitu wasil bin ata, pengasas mazhab muktazilah.
pada zaman bani ummaiyah institusi masjid di jadikan pusat pendidikan utama seperti masjid Kufah dan Basrah.istana khalifah dijadikan tempat belajar dan perpustakaan yang menyimpan segala bahan bacaan, Yunani diterjemah ke dalam ke dalam kesusteraan Arab. terdapat juga institusi "khuttab" iaitu sekolah permulaan. terdapat 2 jenis khuttab iaitu untuk orang awam yang dikenakan yuran. pengajian al-quran dan asas ilmu agamaditekankan di khuttab. kaedah pengajiannya berbentuk "halaqah" iaitu seorang guru akan duduk di tengah dan di kelilingi murid-murid.
dari segi tenaga pengajar , guru di masjid miliki ilmu pengetahuan yang kukuh dan mereka mengajar dengan iklas tanpa mengharapkan gaji. guru-guru di istana digelar sebagai "muaddid" dan kurang berpengetahuan berbanding guru di masjid. mereka bukan setakat mengajar ilmu malah turut mendidik anak-anak khalifah. sebagaicontoh tokoh ulama terkenal yang menjadi guru di masjid abdullah abbas iaitu ahli tafsir hadis dan sastera , hassan al basri ulama fikah dan usuluddin. antara muridnya yang terkenal iaitu wasil bin ata, pengasas mazhab muktazilah.
Langgan:
Catatan (Atom)