Isnin, 16 April 2012

NUKLEAR DAN KESAN JANGKAANYA KEPADA DUNIA

Bom atom yang di gugurkan di Hiroshima merupakan peningkatan kuasa pemusnahan daripada beberapa tan TNT kepada kekuatan yang setara dengan ribuan tan TNT (kilotan). Bom hidrogen yang dihasilkan satu dekad kemudianya merupakan peningkatan kekuatan daripada ribuan tan TNT kepada juta tan TNT (megatan). Dunia dijangkakan akan mempunyai senjata nuklear berkekuatan 10,000 megatan TNT. Sebuah bom termonuklear mempunyai kuasa letupan lebih kuat daripada gabungan seluruh kuasa letupan yang pernah digunakan oleh manusia setakat ini, dalam setiap pertempuran di sepanjang zaman.

Peletusan bom nuklear menghasilkan gelombang letupan, gelombang terma, sinaran gamma dan neutron, luruhan radioaktif, denyutan elektromagnet dan gangguan-gangguan atmosfera. Hampir setengah daripada jumlah tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui gelombang letupan. Gelombang letupan dihasilkan oleh peningkatan tekanan secara keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang sedang mengewap. Melalui udara, gelombang letupan bergerak dengan kelajuan supersonik. Tubuh manusia boleh di asak mati oleh gelombang letupan, sehingga ke tempat-tempat di mana tekanan lebihannya yang disebabkan oleh gelombang letupan, sekurang-kurangnya satu atmosfera melebihi tekanan biasa. Walaupun dilindungi oleh perisai terma atau perisai sinaran, manusia disekitar tempat letupan boleh mati akibat daripada kerosakkan-kerosakkan terhadap paru-paru, yang disebabkan oleh gelombang letupan. Satu pertiga daripada tenaga ledakkan dibebaskan dalam bentuk kilat terma. Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan secara serta-merta menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan cahaya. Suhu yang sangat tinggi ini mengkondensasikan segala yang berada disekitar tempat ledakkan. Pada jarak yang lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan menjadi cair. Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan kebakaran. Kesemua ini akan menyebabkan terjadi ribut api. Suhu akan meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat perlindungan yang kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen Sebanyak 5% tenaga ledakkan nuklear dibebaskan melalui pancaran sinar gamma dan neutron. Pada bom termonuklear pancaran sinaran awalan ini tidak memainkan peranan utama membunuh secara serta-merta, kerana kesan letupan dan kesan termanya lebih hebat.

Denyutan elektromagnet yang dihasilkan oleh ledakkan bom nuklear tidak membahayakan manusia tapi ianya mampu memporak-perandakan sistem-sistem perhubungan moden yang mana lanjutan ini akan menyukarkan usaha-usaha penyelamatan mangsa. Selepas kesan serta-merta diatas berlaku pula luruhan radioaktif yang akan menyebabkan manusia menyerap dos sinaran yang boleh menyebabkan maut jika pendedahan berlaku dalam masa yang cukup lama terutamanaya jika berada dikawasan lapang. Satu megatan bom nuklear akan menghasilkan luruhan radioaktif yang boleh menyebabkan maut pada kawasan lingkungan 2000 km persegi. Kesan peperangan nuklear tidak terhenti dengan kematian dan kecedraan yang berlaku secara serta merta sahaja. Kerana bukti penduduk Hiroshima dan Nagasaki yang masih hidup saki bakinya menunjukkan mereka menderita akibat dari kerosakkan dan kesan-kesan jangka panjang sinaran radioaktif yang terhasil. Antara kesan yang timbul adalah penyakit kulit, keguguran rambut, lukemia dan penyakit genetik semakin berleluasa selepas peperangan.

Bagi yang selamat, mereka akan menyaksikan satu pemandangan yang amat mengerikan. Mayat-mayat manusia dan bangkai-bangkai mangsa sinaran yang sedang mereput, sisa-sisa buangan dan najis yang tidak terurus akan menjadi tempat pembiakkan yang cepat bagi lalat dan segala jenis serangga yang lebih tahan sinaran. Keadan ini akan memudahkan penyebaran wabak penyakit. Mereka yang sakit tidak dapat dibantu dengan berkesan kerana infrastruktur perubatan dan kesihatan tidak teratur ataupun lumpuh. Sistem perhubungan, sistem pengangkutan dan pendek kata segala jenis perkhidmatan dan perbekalan makanan dan tenaga menjadi lumpuh. Bekalan air melalui sistem yang ada tidak dapat berfungsi lagi kerana telah dicemari dengan luruhan radioaktif yang menyebabkan air tidk selamat untuk di minum.

Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan menghalang 99% cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa minggu, matahari pada tengaharinya seperti bulan purnama. Suasana gelap kesenjaan ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya enam bulan dan lapan bulan berikutnya suasana ini akan berkurangan sebanyak setengah kali ganda sahaja. Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis oleh tumbuhan menyebabkan banyak tumbuhan mati. Suhu yang terlalu rendah juga membunuh banyak hidupan dan menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar. Mereka yang selamat akan mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif.

30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama untuk membinanya kembali. Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar yang tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata. Negara-negara yang tidak terlibat juga akan mengalami kesan dari segi fizikal dan ekonomi kerana sisa radioaktif yang bertebaran di atmosfera berpindah disebabkan pergerakkan atmosfera.. Dari segi ekonomi, jika negara yang terlibat adalah negara yang merupakan sumber pengeluar bahan makanan, ternakkan dan pertanian maka perdagangan dan pemebekalan antarabangsa sudah tentu akan mengalami krisis. Telaga-telaga minyak yang musnah menyebabkan sistem bekalan minyak dunia terganggu. Sememangnya ini amat merugikan dunia.

Kesemua di atas adalah kesan jangkaan yang dibuat oleh pakar-pakar nuklear yang sememangya telah dapat menjangkakan kesan berdasarkan eksperimen dan maklumat lepas yang diperolehi. Peperangan nuklear berpotensi untuk menyebabkan kemudaratan dan kemusnahan yang menyeluruh dan mengancam penerusan kehidupan manusia. Maka sesuailah peperangan nuklear ini dibuat perumpamaan :







Selasa, 3 April 2012


28 Ogos 2010

KARANGAN BAHASA MALAYSIA STPM


SOALAN KARANGAN

Pengambilan orang gaji asing telah menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan masalah yang timbul akibat pengambilan orang gaji asing bekerja di Negara kita dan usaha-usaha untuk mengatasinya.

Dalam keghairahan kita merealisasikan pelbagai visi kudsi negara seperti Wawasan 2010, 1 Malaysia, dan Model Ekonomi Baru, kita harus peka dengan persekitaran sosial yang berlaku di sekeliling kita. Salah satu daripadanya ialah isu pengambilan orang gaji asing. Secara literalnya, orang gaji asing didefinisikan sebagai orang yang bukan warganegara diambil bekerja sebagai pembantu rumah di negara kita. Nampaknya, hari demi hari kit akan berhadapan dengan pelbagai fenomena sama ada baik atu buruk berkaitan dengan pengambilan orang gaji asing ini. Oleh itu, masalah-masalah yang timbul dan usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Sudah terang lagi bersuluh, masalah utama yang wujud ialah penderaan ke atas orang gaji asing semakin membimbangkan. Penderaan tersebut biasanya dilakukan oleh majikan. Majikan cenderung untuk mendera orang gaji mereka disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan hidup ataupun sikap cuai orang gaji asing yang bekerja dengan mereka. Pada kebiasaannya, penderaan yang dilakukan ke atas orang gaji adalah dengan menyimbah badan mereka dengan air panas, tidak memberi mereka makan, membiarkan mereka bekerja tanpa berehat, dan sebagainya. Akibatnya, banyak orang gaji yang melarikan diri kerana tidak tahan didera oleh majikan mereka. Jelaslah bahawa penderaan ke atas orang gaji merupakan masalah yang wajar diberikan perhatian oleh pelbagai pihak.

Sudah jelas lagi nyata, masalah perdana yang perlu diteliti ialah hubungan diplomatik antara dua negara boleh terjejas. Pemimpin di negara asal orang gaji tersebut biasanya menyalahkan kerajaan negara kita setiap kali berlakunya kes penderaan ke atas orang gaji yang berasal dari negara mereka. Hal ini demikian kerana mereka terpengaruh dengan laporan berat sebelah yang disiarkan oleh media massa. Kenyataan yang berupa kritikan dan kadang kala amaran boleh menimbulkan perbalahan jika tidak ditangani dengan bijaksana. Akibatnya, penghantaran orang gaji asing ke negara kita mungkin akan diberhentikan. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengambilan orang gaji asing boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara negara yang terbabit.

Seterusnya, masalah lain yang tidak kurang pentingnya ialah pengambilan orang gaji asing memerlukan kos yang tinggi. Kos yang tinggi diperlukan untuk membiayai pelbagai urusan dengan syarikat yang menguruskan pengambilan orang gaji asing. Hal ini demikian kerana kebanyakan syarikat mengenakan pelbagai caj tertentu yang mencecah ribuan ringgit kepada kita. Perkara ini menyebabkan majikan mudah panas hati apabila mereka diberikan orang gaji yang tidak tahu bekerja dan sentiasa menyusahkan mereka. Sebagai contohnya, majikan terpaksa membayar sejumlah RM5000 hingga RM7000 bagi mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah dari Indonesia. Tuntasnya, kos yang tinggi merupakan satu lagi masalah yang wujud ekoran pengambilan orang gaji asing.

Masalah ini wajar ditangani segera. Di samping itu, usaha mengatasi yang tidak boleh dikesampingkan ialah menggalakkan rakyat tempatan bekerja sebagai pembantu rumah. Pada masa ini, rakyat tempatan tidak suka menjadi pembantu rumah. Hal ini demikian kerana kerjaya ini dianggap kerjaya yang tidak glamour dan bergaji rendah. Jadi, kerajaan haruslah memikirkan cara-cara yang lebih sistematik dan pragmatik untuk menarik minat rakyat tempatan untuk menceburi kerjaya ini. Sebagai contohnya, gaji pembantu rumah boleh dinaikkan sehingga RM800.00 sebulan. Dalam hal ini dapatlah dirumuskan bahawa sekiranya rakyat tempatan berminat menjadi pembantu rumah masalah yang melibatkan orang gaji asing sedikit sebanyak dapat dikurangkan.

Selanjutnya, kita juga perlu melihat perkara ini dari aspek penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi orang gaji asing daripada dianiaya dan didera oleh majikan. Sesetengah majikan bertindak kejam dengan melakukan penderaan ke atas pembantu rumah sehingga ada yang cedera parah. Hal ini berlaku disebabkan pelbagai faktor sama ada berpunca daripada majikan mahupun pembantu rumah itu sendiri. Sebagai contohnya, ada pembantu rumah yang disimbah dengan air panas, dicucuh dengan puntung rokok, ditekap dengan sterika, dipaksa bekerja tanpa rehat dan sebagainya. Tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini menyebabkan pembantu rumah asing takut untuk datang bekerja di Malaysia. Jadi, penguatkuasaan undang-undang akan menjadikan nasib orang gaji asing lebih terbela di negara kita.

Berdasarkan segala huraian di atas, jelaslah kepada kita bahawa pengambilan orang gaji asing bekerja di negara kita memang ada pro dan kontranya. Sama ada kita sedar atau tidak, kita terlalu bergantung kepada orang gaji asing untuk menguruskan kehidupan kita sehari-hari. Dengan itu, masyarakat harus berkesedaran bahawa kebahagiaan dan keutuhan sesebuah institusi kekeluargaan bertungangkan pengorbanan mereka terhadap keluarga mereka sendiri. Kita tidak mahu lambakan orang gaji asing yang bekerja di negara kita menimbulkan pelbagai masalah sosial. Insya-Allah, berkat doa dan usaha yang berterusan segala yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan.

Ahad, 1 April 2012

betong: smk kalaka berjaya meningkatkan kedudukan bagi kejohanan mssb betong sekaligus meningkatkan prestasi atlit sekolah. smk kalaka mampu mengungguli acara-acara yang di pertandingkan dengan menurunkan atlit-atlit yg berkualiti.

1.   Untukmemajukanbidangteknologimaklumatterutamateknologi internet.



·        penghasilanbanyaksatelitmemudahkanperhubunganmanusia.

·        komunikasitanpasempadan

·        menjadikanbdangkeselamatan&pertahananberkembangmaju

·        menyebabkanbidangteknologimaklumatmanusialebihbaik&moden.



2.   Berupyameninggikankemampuanteknologipemantauanmnusiasejagat.



·        pegunaansatelit&kapalangkasamenjadikangambarmadahutk diambildarisudut yang lebihbaik.

·        memudahkanahlisaintismembuatramalantentangkeadaangeografi.

·        membantumerancangmanusiautkmenjalankanprojekpembangunandeganlebihmesraalam.

·        memantauperubahancuacadankadarpencemaranalamdgnlebihmenyeluruh..

·        teknologipemantauanlebihmajudanberkmbang.



3.   Industritknologirobotiktrutberkembangselaridgnusahamenerokaangkasalepas.

·        peralatanteknologi di angkasadikawaloleh robot

@ perantikawalan.

·        ruangangkasasukar diramalmenyebabkan robot lebihsesuaidigunakanberbandingdenganmanusia.

·        bolehmemberitafsiranawalakankeperluanuntukwujudkolonimanusia di angkasa.

·        teknologirobotikmnusiaaknmngalamiperubahandrastikkeranapenggunaanrobotikbegitubanyak.





4.   Ujikajisainsblehdijalankanmenerusipenerokaanangkasalepas

·        parasaintissudahmulamembuattntangkesangravitimanusia diluarangkasabumi.

·        memberikansatu platform untukpelbagaikajian .



5. sumberlogamdantenagabarudariangkasalepas

·        usahapenerokaanangkasalepasmemungkinkanmanusiasejagatmencarilogam-logamatausumbertenaga yang baru di angkasalepasuntukmenampungpemintaan yang kianmeningkatakibatdaripadapertambahanpenduduk di pesatbumi.

·        Satelittiruan yang dihasilkanmelaluiteknologiangkasalepasbolehdigunakanuntukmencarigaliminyak,logam-logamtertentuataukota-kota lama yang tertimbundalambumi.

·        SebagaicontohsatelitangkasaRusia MIR dilengkapidenganmakmalpenyelidikantercanggihmungkinmembolehkanmanusiamengeluarkanpancalogambarudalamkeadaantanpamedangraviti.

·        Kajianbiologi, kimiaastrologidanfizikdalamangkasalepasmungkinmenghasilkanpenemuanbaru yang tidakdapatdiperoleh di mukabumi.

·         

Kelemahan / kesannegatifusahapenerokaankaangkasalepas :


·        Bolehmembawakanpengorbanjiwadanpencemaranalam

·        -Tragedi yang menimpakapalangkasa Challenger pada 1986 menyayatkanhatisetiap orang yang melihatnya.

·        -Seluruhkapalangkasa Challenger itutelahhancurberkecaidanhangusakibatletupansejuruskapalangkasaitudilancarkan.

·        -Sebarangkemalangansatelitdanterjatuhbalikkepermukaanbumimengundangkankehancuranbesardanmungkinkebocoranradiasimembahayakan.

2.0     Menelanperbelanjaan yang amatbesar

·        -Setiap program penerokaankeangkasalepasmenelanberbillion-billion AS dollar.

·        - Menelanperbelanjaan yang amattinggi- Tidakmenjadipilihannegaraduniake 3- Perbelanjaanlebihbaikdisalurkankepadabidang lain yang lebihmemerlukansepertipendidikan, kesihatan

·        -Faedahpenerokaanhanyadinikmatisegelintirkecilmanusia.

·        -Setiaptahunberibumalahberjuta-jutamanusiamatikeranakebuluran, bencanaalamdankemunduranpelbagaisegi.

·        -Adalahlebihbaiksumberkewangandankekuatanteknologiuntukpenerokaanangkasalepasdisalurkanuntukmengatasimasalahterdekat di bumi

3.0 Kesihatanangkasawanakanterjejasketikaberada di angkasalepas.

·        Tekanan di ruangangkasa yang sangattinggi

·        Bolehmengurangkankesuburanparaangkasawansehinggamenyebabkanangkasawankehilanganzuriat.

4.0     Pencerobohanprivasi

·        Pergerakanatautindakanindividudapat di jejaki

·        Menyebabkanindividutidakadalagiprivasidanmenyebabkankehilanganmaklumat.

5.0 Menyebabkanpencemaran

·        Jumlahbahanapi yang di keluarkanadalahsangattinggi.

Ahad, 11 Mac 2012

pelajar seni pra-u smk kalaka bersungguh-sungguh mengorbankan cuti dengan melakar sumber idea untuk kerja kursus seni visual. kerja kursus merupakan penting dalam pemarkahan sebenar matapelajaran seni visual kertas 3. oleh itu, penghasilan karya kerja kursus akan di nilai.

sekalung terima kasih di ucapkan kepada cikgu liza selaku guru pembimbing seni visual.